Latihan


Latihan Simpulan Bahasa 1        3d_dog_face.gif (28699 bytes)
¡¡
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.
  baik sangka             anak angkat             angkat kaki             alas perut  bahasa dalam          bekas tangan           cabut nyawa
  durian runtuh            mencari jalan            beri muka
1. Pagi tadi Ah Meng ....................sebelum pergi Taiping.
2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.
3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak tidak berlesen ...................
4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................
5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.
6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.
7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.
8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.
9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ......................
10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat .....................



Latihan  1 
Kata Ganti Nama
Isikan tempat kosong dalam ayat -ayat di bawah dengan perkataan yang paling sesuai .
1) Kempen Kebersihan ___________diadakan selama  seminggu ?
     A .  sini                              C . itu   
     B .  begini                          D . begitu
2) Kata -kata yang ___________boleh merenggangkan hubungan kita ?
      A demikian                     C . sana
      B situ                              D . sini
3) ChongBeng tinggal di _________ sejak ibunya meninggal dunia ?
     A . situ                              C . itu
     B . begitu                          D begini
4) Saya sampai di bandar __________ pada pukul tiga petang ?
     A begini                          C . sini
     B . sana                            D ini
5) Ayah ke __________ kerana menjalankan tugas ?
     A . sana                            C . demikian
     B . begini                          D . ini
6)  Di ___________ kah letaknya Pulau Tioman ?
    A . bila                             C . siapa
     B . apa                             D . mana
7) Pelajar kelas itu tertanya -tanya __________ Cikgu Lau tidak datang?
    A . bagaimana                    C. mengapa
    B. bila                                D. berapa
8) __________kah harga rumah yang kamu beli itu?
    A. Berapa                             C. Mana
    B. Bila                                   D. Mengapa
9) Rashid tahu ___________ peperikasaan itu akan diadakan.
    A.bila                                     B. siapa
    C. apa                                    D. mana
10) __________kah yang Bee Ling nampak di dalam bilik itu?
    A. Mana                                 C. Berapa
    B. Bagaimana                          D.Apa




KATA GANDA
 LATIHAN 1:


Pilih jawapan yang tepat sekali.


1.Di bandar itu terdapat ___________dua puluh tujuh ribu orang penduduk.      
A.benar-benar
B.entah-entah
C.kira-kira
D.kalau-kalau


2.Mereka ke pantai morid untuk ___________.
A.berduka-duka
B.bersiar-siar  
C.bercita-cita 
D.bertalu-talu


3.Lima orang  adik-beradik itu ___________.Mereka tidak pernah berkelahi. 
A.berkasih-kasihan
B.bertangis-tangisan
C.bertikam-tikaman
D.berjauh-jauhan


4.Sampan itu hanyut ____________.
A.terapung-apung
B.berbelit-belit
C.terhincut-hincut
D.terburu-buru


5.Semua orang menyediakan lampu suluh sebelum memasuki gua yang _____________.
A.dekak-dekak
B.hitam-hitam
C.semak-samun
D.gelap-gelita


6.Budak yang beradab itu__________dimarahi oleh ibu bapanya.
A.sekuat-kuat
B.pura-pura
C.jarang-jarang
D.bukan-bukan


7.Mereka membersihkan kawasan itu secara______________.
A.tubuh-menubuh
B.cerai-berai
C.bergotong-royong
D.tersipu-sipu


8.________________ ialah anak nyamuk.
A.Kura-kura
B.Patung-patung
C.Rama-rama
D.Jentik-jentik


9.Pemuda itu sedang asyik ____________duitnya yang banyak itu.
A.membelah-belah
B.membilang-bilang
C.mengusap-usap
D.mengukur-ukur


10.Mangga yang belum masak itu____________ belaka.
A.masin-masin
B.cetek-cetek
C.tawar-tawar
D. masam-masam


No comments:

Post a Comment